Posts

Showing posts from 2024

Tetaplah

Image
Tetaplah bersyukur,  kerana semua yang kita peroleh adalah nikmat dari Allah Tetaplah bersangka baik,  kerana perancangan Allah semuanya indah Tetaplah bersabar,  kerana dunia ini bukan selamanya Tetaplah tersenyum,  kerana dipenghujung jalan ada syurgaNya Tetapkanlah hatimu di jalan Allah,  kerana tiada jalan lain yang lebih selamat selain jalanNya

New Journey

Image
26/3/2024, Ramadhan 15 Alhamdulillah 'ala Kulli Hal Segala Puji bagi Allah atas semuanya. Allah bagi perjalanan hidup yg baru. Persekitaran baru, tempat tinggal baru, tugas baru yang lebih mencabar. Allah pertemukan dengan rakan-rakan baru. Apa yg aku doa, semua Allah bagi. Allah Maha Pemurah. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Mengabulkan. Perjalanan hidup sekarang agak mencabar, luar dari kotak pemikiranku yg aku mampu pergi sejauh ni. Semuanya atas izin Allah. Tiada daya dan upayaku melainkan hanya dengan Allah. Allah lembutkan hati abah dan mak supaya aku boleh kerja jauh, boleh drive sendiri, tinggal sendiri, boleh berdikari. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Ya Allah, aku redha kemana sahaja langkah kaki ini Kau nak bawa. Semoga Kau tetapkan hatiku di jalan agamaMu. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.  Satu je doaku yg tak pernah putus, "Ya Muqallibal Qulub, Tsabbit Qalbi 'Ala Dinika" Wahai Dzat Yang...