New Journey

26/3/2024, Ramadhan 15


Alhamdulillah 'ala Kulli Hal

Segala Puji bagi Allah atas semuanya.


Allah bagi perjalanan hidup yg baru. Persekitaran baru, tempat tinggal baru, tugas baru yang lebih mencabar. Allah pertemukan dengan rakan-rakan baru. Apa yg aku doa, semua Allah bagi. Allah Maha Pemurah. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Mengabulkan.


Perjalanan hidup sekarang agak mencabar, luar dari kotak pemikiranku yg aku mampu pergi sejauh ni. Semuanya atas izin Allah. Tiada daya dan upayaku melainkan hanya dengan Allah.


Allah lembutkan hati abah dan mak supaya aku boleh kerja jauh, boleh drive sendiri, tinggal sendiri, boleh berdikari. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


Ya Allah, aku redha kemana sahaja langkah kaki ini Kau nak bawa. Semoga Kau tetapkan hatiku di jalan agamaMu.


Perancangan Allah Maha Hebat. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 


Satu je doaku yg tak pernah putus,


"Ya Muqallibal Qulub, Tsabbit Qalbi 'Ala Dinika"

Wahai Dzat Yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di jalan agamaMu.


Semoga Kau jauhkan aku & orang yang aku sayang dari segala fitnah akhir zaman yg berada di sekeliling kami.



Kalau dulu keluar rumah pukul 7.50, sekarang paling lewat 7.10 dah kena keluar😂

Totally benda baru. Kena banyak belajar lagi.. (abaikan botol air tu.. ni gambar sebelum Ramadhan)

Oh ye, satu lagi permintaan yang Allah dah makbulkan.. Allah izinkan berat turun dengan jayanya. Hampir 9kg hilang tanpa perlu usaha yg gigih 😂

Alhamdulillah sekali lagi.. tq Allah ❤️❤️




Comments

Popular posts from this blog

Tetaplah